- Admin
Tabung Sedekah Subuh: Sumbangan kepada Asnaf
Assaalamualaikum WBKTH
Untuk Makluman, Pihak JK Surau Garden Residence (SGR) Hari Ini, Khamis 11/2/21 Telah Menyerahkan Sumbangan Kepada 10 Pelajar Asnaf SMK Cyberjaya.
Sumbangan Ini Adalah Daripada Dana Tabung Sedekah Subuh SGR
Yang Dipohon Oleh Pihak Pentadbir Sekolah Berkenaan Bagi Membantu Pelajar Terbabit.
Ini Adalah Sebahagian Daripada Skop Bantuan Tabung Sedekah Subuh SGR Bagi Membantu Secara One-Off Kepada Sasaran Penerima Yang Dikenalpasti dan Ditentukan.
Sumbangan Sebanyak RM2,000 Daripada Tabung Berkenaan Ditambah RM1,000 Sumbangan JK SGR, Menjadikan Jumlah RM3,000 Untuk Dibahagikan Sama Rata (RM300) Setiap Pelajar Asnaf.
Sumbangan Disampaikan Oleh Pengerusi SGR, Ybhg Dato’ Hj Abdul Karim Mustafa Kepada Pengetua SMK Cyberjaya, Puan Hjh Sharifah Hanim binti Syed Zain.
Hadir Sama Penolong Kanan HEM, Datin Aslaniah Jamali dan Setiausaha SGR, Putri Mariah A Zahidin dan Penolong Bendahari, Haji Affendy Kamal.
Semoga Semua Sumbangan Tan Sri/Dato’ Sri/Dato’/Tuan/Puan Menerusi Platform Tabung Sedekah Subuh Ini Khasnya, Dan Tabung Lain SGR Amnya, Mendapat Keberkatan dan Balasan Kebaikan Daripada Allah SWT Jua.
Kepada yang ingin menyumbang untuk tabung sedekah subuh, bolehlah menggunakan link berikut:
https://www.suraugardenresidence.net/tabungsedekahsubuh
Salam Hormat