top of page
  • Admin

Tabung Infaq Ramadhan 2019

Updated: Mar 21, 2020




Assalamualaikum WBKTH

Bagi Pihak JK SGR merakamkan ucapan terima kasih atas sokongan dan sumbangan ahli kariah dan muslimin/muslimah sekelian.

Pagi ini, JK membuka tabung OPEX bulanan yg amat menggalakkan jumlahnya. Ini adalah tabung bulanan SGR yg dibuka setiap bulan.


Selain daripada itu, JK juga dengan rasa besar hati menerima sumbangan menerusi Tabung Infaq Ramadan atas talian bagi Ihya Ramadan dan Tabung Pembangunan.


Alhamdulillah setakat hari ini, bagi Tabung Ihya Ramadan yg disasarkan untuk RM16K telah menjangkau lebih RM19, 504.


Manakala bagi Tabung Pembangunan SGR Yg Disasarkan RM30K, Setakat Hari Ini Mendapat Sumbangan Menggalakkan Sebanyak RM26,913.00.


Tabung Infaq Ramadan Akan Ditutup Pada Selasa 4hb Jun 2019.


Yg Mana Jumlah Yg Melebihi Sasaran Yg Ditetapkan Bagi Ihya, Akan Secara Automatik Diserapkan Ke Dalam Tabung Operasi SGR, Manakala, Tabung Pembangunan Akan Kekal Di Dalam Tabung Pembangunan SGR.


Sama Samalah Kita Mendoakan Agar Semua Usaha Kita Bersama, Infaq Kita, Sedekah Jariah Kita Diterima Allah SWT dan Semua Kebaikan Kita Mendapat Ganjaran Sebaik Baiknya.

Insyaallah


Barakallahu fiekum


Jazakumullah khairan


Salam Hormat



#suraukita

44 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page