- Admin
Rumah Terbuka Aidilfitri 1440H
Updated: Mar 21, 2020

Alhamdulillah, sambutan yang sungguh meriah. Kita meraikan semua warga surau Garden Residence. Majlis dipengerusikan oleh Tuan Setiausaha, Prof Mokhtar. Setelah sedikit kata-kata aluan, majlis dimulakan dengan doa oleh Tuan Imam, Hj. Drahman, diikuti oleh ucapan ringkas dari Timbalan Pengerusi Dato' Fatah. Dukacita, Tuan Pengerusi Datuk Karim tidak dapat hadir kerana ada ahli kelurga yang telah meninggakan kita. Semoga roh arwah dicucuri rahmat.
Pihak surau juga mengambil peluang ini meraikan anak-anak yatim Dari Rumah Biatul Sakinah, Kota Warisan. Selain jamuan, wang sampul hari raya juga disampaikan semoga mereka ini benar-benar merasa kemeriahan hari raya.
Pihak surau juga menyediakan ruang bazaar. Antara produk sedia ada ialah jualan madu Yaman, automotive safety training, carpet, produk hibah, perbankan, Coway.
Ada juga sebahagian tetamu yang membawa potluck. Pihak surau mengucapapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada mereka. Semasa blog ini ditulis, majlis masih berjalan (11.46 pagi) an semua dialu-alukan sehingga jam 1 petang.
Syukur pada Allah atas segala nikmatnya.