top of page
  • Admin

Rancang Harta & Urus Pusaka

Sesi taklimat oleh di SGR oleh Suzana Abu Bakar, Kausar Wealth Management SB bertempat di Surau Garden Residence pada 4 August 2019


Semoga aman di sini damai di sana


Masalah pusaka beku yang berlaku di negara kita amat membimbangkan. Dilaporkan jumlah pusaka beku meningkat saban tahun dan sehingga tahun 2016 dilaporkan RM70 billion pusaka beku dan 90% daripadanya adalah milik orang Islam.


Apakah sebab-sebab pusaka menjadi beku? STOP


S - Sikap dan kejahilan waris

T - Tak faham beza antara harta & pusaka

O - Operasi dan pengurusan pusaka

P - Peruntukan kos dan masa mengurus pusaka


Bagaimana cara mengatasinya? FAST


F - Fahami waris faraid anda

A - Aset disenaraikan dan keperluannya

S - Solusi ke atas setiap aset tersebut

T - Tindakan yang perlu diambil



Apakah HIBAH?


Siapa 12 golongan yang perlu berHIBAH?


1. Pasangan suami isteri yang membeli rumah secara bersama


2. Pasangan yang mempunyai anak perempuan sahaja


3. Pasangan yang mempunyai anak angkat


4. Pasangan yang tidak mempunyai anak


5. Pasangan yang berpoligami


6. Pasangan yang masih mempunyai ibu dan ayah


7. Individu yang tidak berkahwin


8. Pasangan yang mempunyai anak lelaki dan perempuan


9. Pasangan yang mempunyai anak istimewa


10. Individu yang berkahwin semula


11. Jemaah haji dan umrah


12. Ahli perniagaan


Hibah adalah salah satu cara menzahirkan sayang kepada keluarga dan diri untuk memastikan waris yang ditinggalkan aman di sini dan pemilik harta damai bertemu pencipta di sana.


Suzana Abu Bakar

Kausar Wealth Management SB

2 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page