top of page
  • Admin

Quran Corner


Tazkirah oleh Hj Shahrin yang menyentap hati

"I have a confession to make"

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2347113808837061&id=2606914106050444


Surau Garden Residence Telah Memulakan Klas AlQuran Setiap Malam Selasa Selepas solat Isya’ Saban Minggu Secara Konsisten Sejak Lebih Dua Tahun Lalu.

Klas Ini Bertujuan Untuk Membantu Penduduk Muslim Di Dalam Kariah Ini, Untuk Mengikis Rasa Malu dan Takut, Dan Yang Paling Penting Tidak Menetapkan Standard Bacaan Peserta Sebagai Penanda Aras, Supaya Semua Berasa Mereka Adalah Sama Tahap.

Pejam Celik, Kita Menyedari Ia Telah Banyak Merubah Standard Bacaan Peserta, Kepada Sekurang-Kurangnya Daripada Biasa Kepada Lebih Baik dan Yg Paling Penting, Peserta Kini Lebih Yakin Apabila Membaca Di Khalayak.

Peserta Klas Inilah Yg Majoritinya Menghidupkan Usaha Taddarus Setiap Ramadhan.

Menyedari Bahawa Ia Memerlukan Usaha Yg Berterusan, Pihak Surau Membuat Keputusan, Selain Meneruskan Kelas Mengaji Setiap Selasa, Kita Juga Akan Membuka Apa Yg Digelar Taddarus/Quran Corner Utk Jemaah Mengaji dan Menyemak Bacaan Secara One To One Dengan Beberapa Pembimbing Kita Di Bahagian Sayap Kanan Surau, Selepas Maghrib dan Isya Pada Setiap Masa.

Ini Bagi Membolehkan Mana Mana Jemaah Yg Mahu Membetulkan Bacaan dan Menyemak Hafalan Tetapi Segan Utk Tampil Secara Terbuka Utk Meneruskan Usaha Membaiki Mutu Bacaan Dan Kefahaman Mengenai AlQuran.

Taddarus Corner Ini Akan Dimulakan Selepas Aidilfitri.

Malam Ini, Saudara Shahrin Baba, 58, Dari Presint Evergreen Tampil Mengemukakan Testimonial Beliau, Yg Daripada Awal Agak Sukar Membaca AlQuran, Dan Hasil Komitmen dan Kesungguhan Beliau Serta Sokongan Rakan2 Surau, Beliau Telah Dapat Keluar Daripada Kegusaran Beliau dan Telah Mula Membaca Dengan Selesa.

Sama2Lah Kita Istiqomah Dalam Usaha Ini.

Semoga Allah Mempermudahkan Segalanya.


Betulkan Yang Biasa, Biasakan Yang Betul


Bagi Yg Berminat Boleh Hubungi/Whatsapp


DK +60127863544

Dato’ Hj Patah +60 12 304 0095

Hj Zaharifuddin +60 17 675 6526

Shahrin Baba +60 12 732 2368


14 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page