- Admin
Projek Pembesaran Surau
Updated: Sep 6, 2020

Assalamualaikum WBKTH
Di Dalam Usaha Berterusan JK Surau Garden Residence Menjalankan Usaha Dahwah dan Ibadah Bersama Juga Program Kemasyarakatan, Sudah Tiba Masanya, Premis Ini Dinaiktaraf.
Selain Membolehkan Ia Menampung Jumlah Jemaah Yg Lebih Ramai, Terutama Ramadhan dan Solat Sunat Aidilfitri/AidilAdha, Surau Ini Juga Harus Diangkat Lebih Daripada Sekadar Musolla Tempat Persinggahan Sementara Menuju Ke Destinasi Masing-Masing.
Sehubungan Dengan Keperluan Semasa, JK Surau Memutuskan Untuk Melaksanakan Projek Pembesaran Ini Dalam Dua Fasa, Iaitu Fasa 1 - Membabitkan Pembesaran Dewan Solat Sedia Ada, Manakala Fasa 2 Membabitkan Pembesaran Kawasan Belakang Surau Termasuk Kawasan Lapang Untuk Melebarkan Lagi Ruang Solat dan Menjadikan Ia Ruang Pelbagai Guna.
Kesemua Fasa Ini Dijadualkan Bermula Pada Suku Ke-3 Atau Paling Lewat Suku Ke-4 Tahun Ini. Untuk Membolehkan Ini Berlaku, Pihak JK Perlu Menyediakan Sekurang-Kurangnya 70% Dana Daripada Anggaran Kos Yg Dibuat Untuk Mendapatkan Kelulusan Pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)
Bagaimanapun, Sesuai Dengan Keperluan Mendesak Menjelang Ramadhan Ini, Pihak JK Surau Telah Berjaya Mendapatkan Kelulusan Khas JAIS Untuk Menjalankan Kerja Melebarkan Ruang Solat Sementara, Yg Dinamakan Fasa 1A Yg Kelak Akan Termasuk Dlm Sebahagian Daripada Perancangan Fasa 1.
Anggaran Pembangunan FASA 1A Ini Memerlukan Biaya Sebanyak RM50K Untuk Membolehkan Projek Dibuat Sebelum Ramadhan 2020.
Mohon Apalah Kiranya, Perkara Ini Diangkat Kepada Ahli Kariah/Dermawan/Syarikat Korporat dan Individu Di Luar Sana, Agar Dapat Merealisasikan Perancangan Ini Dengan Menyumbangkan/Infaq Kepada Pembangunan Fasa 1A Ini.
Pihak JK Surau Juga Membuka Kpd Semua Untuk Menyumbang Kpd Usaha Ini Menerusi Akaun SGR Yg Tertera. Maybank 568603009425
Jika Kutipan Diperolehi Melebihi Anggaran Bagi Projek Pembangunan FASA 1A Ramadhan, Ia Akan Dibawa Ke Hadapan Bagi Menampung Pembangunan FASA 1B dan FASA 2 Kelak.
Jasa Baik Tan Sri/Puan Sri/Dato’ Seri/Datin Seri/Dato’/Datin/Tuan2 dan Puan2 Amatlah Dihargai dan Didahului Dengan Ucapan Jutaan Terima Kasih.
Jazakumullah khairan
Barakallahufiekum
Dato’ Hj Abdul Karim Mustafa
Pengerusi SGR
Update:🔉 Alhamdullilah kini sungguh mudah untuk berinfaq bagi projek pembesaran surau kita. Bagaimana?
https://www.suraugardenresidence.net/infaq-pembangunan-surau
Guna link di atas, tak perlu screenshot atau whatsapp resit atau maklumkan pada bendahari . Mudah saja. Maybank, cimb, rhb, semua bank ada link. Semoga rezeki tuan dan puan2 yang dimuliakan Allah diberkati dan diberi kesihatan yang sempurna pada semua hendaknya. Jazaklumullah khairan kasiran.
Update 21/3: RM 26,950 telah diterima melalui link di atas, tidak termasuk yang bank-in online. Alhamdulillah. Jazakumullah khairan kasiran. Dengan sumbangan yang ada, pihak surau telah boleh memulakan sedikit kerja pembesaran. Teruskan infaq anda.
Update 31/7: RM 84,254.69 telah diterima. Jazakumullah khairan kasiran.
Kita juga telah memproduksikan satu video update, maaf dalam English untuk kegunaan di luar Malaysia juga.
Gambaran apabila telah siap.