- Admin
Penghargaan
Sedikit Acara Ringkas Selepas Moreh. Meraikan Dua Imam Jemputan dengan menyerahkan elaun tetap serta sumbangan ahli kariah sebagai duit raya. Alhamdulillah sumbangan duit raya kariah juga diserahkan kepada dua pembantu surau GR, Saudara Rosnan dan Emrul. Sesungguhnya, Pihak JK SGR dan Ahli Kariah Amat Berterima Kasih Atas Komitmen Mereka Sepanjang Ramadhan 1440H Kali Ini. Ustadz Ahmad Khalil Shaharudin Akan Pulang Ke Terengganu Lebih Awal Utk Bercuti Raya, Manakala Imam Ustadz Abd Muhaimin Abd Hadi Akan Meneruskan Khidmat Memimpin Solat Sunat Tarawih, Qiyamullail dan Solat Sunat Aidilfitri Semoga Ikatan Silaturrahim Ini Kekal Hingga Ke Jannah. Insyaallah Pihak JK SGR Juga Merakamkan Penghargaan Tidak Terhingga Kpd Semua Muslimin Muslimat Kariah Garden Residence Yang Tanpa Jemu Memberikan Sumbangan dan Sokongan Kpd Semua Program dan Usaha Yg Dibuat Oleh JK SGR.
Jazakumullah khairan
Salam Hormat
