• Admin

Lawatan Lembaga Zakat Selangor ke SGR

Assalamualaikum Berkongsi Majlis Pagi Ini, Di Mana Surau Garden Residence (SGR) Menerima Lawatan Daripada Delegasi Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Ini Adalah Formaliti Biasa Bagi LZS Untuk Menziarah Surau atau Organisasi Yang Menerima Sumbangan Mereka. Sepertimana Yang Kita Maklum, LZS Telah Menyumbangkan Sebanyak RM50 Ribu Kepada SGR Untuk Pembesaran Surau Kita Kali Ini.

Daripada Mac Tahun Lalu Apabila Projek Ini Dimulakan Sehinggalah 96% Siap Sekarang, SGR Mengumpul Lebih RM400K Hasil Sumbangan Ahli Kariah, Korporat dan Individu Untuk Tujuan Pembesaran dan Membaik Pulih Surau Sedia Ada. Bagi Menampung Lebih Ramai Jemaah.

Delegasi LZS Hari Ini Diketuai Oleh Ketua Divisyen Operasi Agihan Asnaf, Abdul Basith bin Hamid. Turut Serta Ustaz Salahuddin Azmi bin Mohd Ali, Ketua Jabatan Pengurusan Operasi Agihan Daerah; Ustaz Mohd Helmi bin Mohd Nuri, Ketua Operasi Agihan Daerah Sepang; Muhammad Syafiq bin Jahar, Eksekutif Operasi Agihan Daerah Sepang; Mohd Fuad bin Hamzah Eksekutif Operasi Agihan Daerah Sepang; Mohd Noor Taufik bin Mohd Isa dan Eksekutif Teknikal Daerah Sepang, Muhamad Rafee bin Rahman, Eksekutif Perundingan Agihan Dakwah.

Pihak SGR Juga Mengambil Peluang Membangkitkan Keperluan Program Bersama LZS Di Masa Mendatang dan Kemungkinan Memohon Untuk Projek Pembesaran Yang Di Masa Masa Depan.

Semoga Surau Kita Menjadi Lebih Mantap Dan Kariah Kita Semakin Makmur.

Amin YRA

JK SGR


1 view0 comments

Recent Posts

See All