- Admin
Hijrah Rasulullah. Kuliah oleh Al-Fadhil Ustaz Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid
Updated: Mar 21, 2020

Click di sini untuk rakaman Video ceramah.
Click di sini untuk fb surau Garden Residence.
Nota initipati oleh Prof Mokhtar:
1. Hijrah tercatat di dlm al Quran
2. Hijrah berkaitan dgn usaha utk memulau dan menyekat dakwah Rasulullah saw
3. Hijrah adalah tentang keadaan Rasulullah saw ketika berhijrah
4. Perlu difikirkan dlm konteks negara khusuanya kaitan antara hijrah Rasulullah saw dgn Hari Kemerdekaan, isu pengorbanan dan kajian tentang sejarah ke arah mencapai kemerdekaan negara
5. Hijrah juga tentang iktibar yg perlu diambil dari sejarah kezaliman mrk yg derhaka kpd Allah dan dikekalkan tanda2 (spt jasad Fira'un) utk menjadi pengajaran kpd umat zaman ini
6. Mendalami sirah / sejarah Rasulullah saw adalah ibadah
7. Umat Islam perlu menyedari tentang pelbagai usaha utk menghalang dakwah Islam dpd tersebar
8. Membuat perancangan dlm melakukan sesuatu adalah sunnatullah
9. Pengajaran dpd Hijrah - jgn sekali2 terlalu meletakkan harapan kpd hasil perancangan, tetapi hendaklah harapan otu digandingkan dgn keyakinan trhdp pertolongan Allah swt
10. Allah swt menjanjikan pertolongan kpd mrk yg membela agama Allah
11. Tidak dtg pertolongan Allah trhdp perjuangan yg berasaskan cara yg batil
12. Agama Islam adalah amanah Allah trhdp umat Islam & mrk akan dipersoalkan di akhirat kelak
13. Allah swt akan gandakan ganjaran ke atas setiap sumbangan/pengorbanan yg diberikan dlm memperjuangkan agama Allah
14. Pengajaran dpd Hijrah - penglibatan ahli keluarga adalah sumber kekuatan dlm perjuangan menegakkan agama Allah
Peristiwa Hijrah
Bukan hanya satu cerita, kerana peristiwa itu direkod oleh Allah dalam Al Quran
Kisah ini boleh dibahagikan kepada dua
1) Kaum musyrikin ingin menghalang hijrah Rasulullah
2) Hijrah Rasulullah itu sendiri
Tipu muslihat untuk menangkap dan memenjarakan kamu atau membunuh kamu Rasulullah atau memulaukan kamu, mereka meakukan tipu muslihat, Allah mengembalikan tipu muslihat itu kepada mereka.
Allah menjanjikan pertolongan untuk Rasulullah.
Ayat pertama mengambarkan rancangan rapi oleh kaum Musyrikin. Setiap zaman ada saja mereka yang menganggu usaha dakwah, termasuk zaman ini. Jangan kita lupa ambil pengajaran bagaimana sikap Rasulullah mengahadapi tentangan dakwah. Mengenang sejarah adilah satu s=usaha yang penting, siapa yang tak mengenal sejarah, tiada masa hadapan. Adakah setiap tahun kita meraikan Hari Kemerdekaan tanpa makna? Mengenang perjuangan, maruah oleh mereka yang terdahulu.
Sejarah Islam, berbeza. Ia ada kaitan dengan agama, wahyu, patuhnya kita pada agama. Sejarah orang2 yang dzalim, apa yang ditinggalkan oleh orang yang dahulu, dikekalkan kesannya oleh Allah sampai sekarang. Mada-in Saleh di Saudi, Mada-in Syuaib, rumah yang dipahat di dalam gua (ambil iktibar bagaimana azab turun ke atas orang yang hebat).
Lembah Muhassir, tempat turun azab ke Abrahah, apabila nabi lalu di sana, baginda akan bersegera, tidak mahu singgah.
Orang sekarang ambik selfie di tempat yang diturunkan azab. Ia sebenarnya untuk kita ambil iktibar, supaya memori kita mengingati bagaimana turunnya azab ke atas mereka. Allah swt juga mengekalkan jasad Firaun. Untuk apa Allah kekalkan jasad Firaun? Untuk menjadi tanda.
Seperti mana Allah tinggalkan kesan orang yang dzalim, begitu juga orang2 yang baik. Allah melantik Talut menjadi panglima perang bagi Bani Israel. Bani Israel menolak Talut, kerana Talut orang miskin, ini cara orang Yahudi sampai sekarang. Talut dipilih Allah kerana ilmu dan kekuatannya.
Kenapa nabi sewaktu mikraj, tidak terus dari masjidil haram? Kerana pentingnya kesan sejarah. Peinggalan nabi Musa, tempat lahirnya nabi Isa, menjadi imam di masjidil Aqsa.
Musuh nabi, syaitan jin dan syaitan manusia. Mereka saling bermusyawarah untuk mengelirukan manusia, tujuan menghalang penyebaran agama. Kalimat yang benar, maksudnya batil. Sewaktu dakwah mula tersebar, mereka bermusyawarah, Darul Nadwah. Untuk perkara yang teramat penting.
Setiap zaman, perangai seperi Abu Jahal itu sentiasa ada. Iblis ikut serta mesyuarat di Darul Nadwah, menyamar sebagai seorang tua dari Najd. Syaitan ialah gelaran bagi yang menyesatkan, dari manusia dan jin.
Antara cadangan ialah dipenjarakan, iblis kata nanti bani Hashim akan keluarkan dia. Cadangan lain ialah halau, syaitan kata, kau campakkan di diluar, dia akan bina kekuatan. Akhir sekali, Abu Jahal, katanya, kita ambil dari setiap kabilah, satu wakil pemuda yang gagah, dengan pedang, serentak menumpahkan darah Muhammad, maka tidak boleh keluarga Muhammad menuntut bela ke atas setiap kabilah.
Yang menakjubkan, Jibril biarkan mereka berkumpul di depan rumah nabi, yang maha mentadbir ialah Allah swt. Saat mereka berhimpun, nabi disuruh keluar di hadapan mereka, mereka mengantuk dan tidur.
Firaun, mengeluarkan arahan supaya anak lelaki dibunuh, tetapi akhirnya yang menjatuhkan Firaun ialah nabi Musa yang dibesarkan di istananya sendiri.
Kenapa Rasulullah boleh keluar begitu saja dari rumahnya, tidak sembunyi2? Biasanya iman diletakkan pada planning, ditunjukkan harapan diletakkan kepada hasil rancangan. Tak goyang iman, kalau kebergantungan pada Allah dan bukan pada usaha.
Perancangan umrah Rasulullah, mimpi untuk ke sana, dan sebagainya, tetapi dihalang oleh kaum Quraish. Lalu tidak jadi nabi mengerjakan umrah, dan ada perjanjian Hudaibiyah. Kebergantungan pada Allah, itulah iman Rasulullah. Boleh ladi apa yang kita suka, tidak baik untuk kita, dan sebaliknya. Dua tahun kemudian, kota Mekah jatuh ke tangan nabi.
Ayat kedua, jika kamu tak tolong nabi, Allah tetap akan tolong nabi. Allah tak akan turunkan pertolongan jika tidak taat pada Allah (perang Uhud). Selalunya kurang senjata, tetapi tetap menang. Mutaah, 250,000 tentera Rom, muslimin 3,000. Muslimin menang. Agama dijamin oleh Allah. Agama adalah amanah Allah pada kita.
Saidina Abu Bakar, tidak berhijrah, empat bulan dia bersedia, empat bulan. Nabi tidak mahu untanya dibiayai Abu Bakar. Yang punya tanah untuk bina masjid di Madinah adalah anak yatim, nabi tetap tak mau tanah tu diwakafkan, nabi tetap mahu membeli tanah tersebut. Nabi tetap mahu membuat pengorbanan.
Contoh kepada kita, pengorbanan Rasulullah.
Contoh Abu Bakar, mendidik keluarganya untuk pengorbanan.
Abu Bakar didik anaknya, Waktu malam Abdullah ke gua Tsur bawa berita, siang berada di rumah, diperhatikan oleh Quraish. Asma binti Abu Bakar naik ke bukit, malah sewaktu hamil. Asma' sediakan makanan, pembantu hamba sahaya mebawa kambing di bawah gunung Tsur, supaya dapat diperah susu, dan dihilangkan bekas tapak kaki. Peracngan yang rapi, kebergantungan pada Allah. Aisyah menceritakan, 6 rubu dirham, semuanya dibawa oleh Abu Bakar. Duitnya juga. Nabi menghargai pengorbanan Abu Bakar sehingga wafatnya. Semua tingkap ditutup, kecuali tingkap Abu Bakar.
Kisah Suraqah
https://almanhaj.or.id/3743-perjalanan-menuju-madinah-dan-kisah-suraqah.html
Semoga kita mengambil teladan. Amin. Alhamdulillah.