top of page
  • Admin

Ceramah Nikmat Masa oleh Ybrs Ustaz Hj Firdaus Hj Subhi

Updated: Mar 21, 2020





Ceramah Live:

Bahagian 1: https://www.facebook.com/suraugr/videos/156245642340499/

Bahagian 2: https://www.facebook.com/suraugr/videos/2470321139887991/


Intisari Ceramah oleh Prof Mokhtar:

1. Masa yang kita yg kita lalui tidak mungkin dpt dikembalikan, tidak spt harta yg lain

2. Surah Wal Asr - ingatan utma kpd org beriman tentang masa

3. Setiap org yg beriman perlu memastikan keamanan berlaku dan tidak menzalimi org lain

4. Org yg beriman sentiasa beramal soleh antaranya amalan membaca al Quran sebagai amalan harian

5. Org yg beriman sentiasa membantu dlm berjihad ke jalan Allah,

6. Kelebihan bersadaqah akan memanjangkan umur

7. Org yg beriman dan beramal soleh akan disayangi makhluk Allah

8. Contoh org Islam yg tidak dianggap beriman adalah seperti mempertikai Qadha & Qadar atau mengesali musibah yg menimpa dirinya

9. Hari yg bersama kita adalah tetamu kita. Ia akan pergi berlalu dan kerana itu tetamu ini perlu diraikan sebaik-baiknya

10. Apa yg perlu kita lakukan sbg org yg beriman?

- elakkan perasaan hasad dengki sesama kita

- berhati-hati dgn org munafik

- berhati-hati dgn org kafir

- mengawal nafsu

- mengatasi godaan syaitan yg akan sentiasa menyesatkan kita



Nota ceramah:


Dalam surah Al-asr


Iman berganding amal saleh, 88 kali dalam Quran

Iman - hamzah, min, nun, bermakna aman.

Aman, jika dilemparkan kata-kata nista misalnya

Jika diberikan ujian, aman, terasa tenang dalam mengahadap ujian, rasa berysukur atas nikmat yang Allah berikan

Juga lahir darinya perkataan manah, tahu tanggungjawab.

Al-Dzariyat: 56 : Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.


KEDUANYA: Amal Saleh

1) Bertepatan dengan syariat

2) Bertepatan dengan niat


Yang paling awal ditanya ialah orang yang amal, dan qari, dipersoalkan niatnya. Dieprsoalkan nianya termasuk soerang yang syahid, tetapi dimasukkan ke neraka kerana niatnya untuk menunjuk. Tapi janganlah kita sampai tidak beramal. Orang yang sedeqah, hartnya berkat, dijauhkan oenyakit, tetapi jiak niatnya untuk menunjuk, ia ditolak.


Amal Saleh:

Ditimbulkan perasan kasih sayang manusia.

Maryam 96: . Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Allah yang melimpah-limpah rahmatnya akan menanamkan bagi mereka dalam hati orang ramai perasaan kasih sayang.


Al-Nahl: 97 Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan.


Kehidupan yang baik dikatakan oleh Ibnu Katsir, kehidupan di dunia, dan ada yang menafsirkan ia kehiduoan di akhirat


Beruntunglah orang yang beriman dan beramal saleh


Ada ulamak mengatakan Islam adalah amalan yang zahir seperti solat, haji dan sebagainya. Tetapi iman adalah perkara yang batin, yang berkaitan dengan hati.


Ada yang solat, tetapi tak mau menerima qada' dengan qadar. Solat, tetapi berlaku musibah. Ada anak2 yang gagal dalam peperiksaan dan percintaan, mahu bunuh diri.


Ada pensyarah yang berfahaman atheis, dihubungi jabatan agama, Dia baca dalam blog, bukan dari guru.


Masa yang berlalu, siang dan malam, buatlah yang baik, suapay malam dan siang, kedua-duanya menjadi saksi.


Cabaran mukmin

1. Ada yang hasad

2. Kelompok yang munfik, pura-pura Islam. Comtohnya: G25

3. Kelompok orang kafir

4. Nafsu yang menarik-narik dari melakukan ketaatan

5. Syaitan


Letakkanlah matalamat kita untuk mecari keredaan Allah, bukan untuk berseronok-seronok. Yang kafir, hidup untuk makan. Orang kafir, makan 7 pinggan. Sebab apa, hidup tiada matlamat.


Orang kafir, harapkan syurga juga, tapi dengan angan-angan sahaja. Tiadalah agama itu pada angan-angan kamu dan angan-angan ahli kitab.


Manusia zaman sekarang banyak hujah. Tiada yang terlepas dari hukuman dengan sebab amalnya, hadisnya, termasuk nabi. Tapi hadis itu tidaj habis setakat itu sahaja, masuk syurga kerana dengan rahmat Allah. Jadi bagaimana nak dapat rahmat Allah, melakukan amal saleh.


Sebelum bertemu dengan Allah, kita akan disoal. Oleh itu susunlah waktu.

Imam Nawawi ada 12 sususan waktunya.

Buku "Nilai Masa dalam Ulamak"


Pebanyakkanlah Zikrullah, untuk mudahkan amalan kita.


#suraukita #satuhati #oursurau




154 views0 comments
bottom of page