- Admin
Ceramah Maulidur Rasul: Cinta Yang Tak Terungkap
Updated: Mar 21, 2020

Ringkasan Intisari Ceramah ust Burhanudin Hilmi (kredit oleh Prof Mokhtar):
1. Nabi Muhammmad saw berada di No 1 dlm kedudukan manusia yg paling berpengaruh dlm dunia- hasil kajian 28 th oleh Michael Hart, seorang pengkaji barat
2. Banyak yg pertikai hasil kajian ini. Bagaimanapun pengkaji barat ini memberi jawapan berikut kpd keputusan yg memeranjatkan bnyk pihak: Nabi Muhmmad saw mempunyai ciri2 berikut;
a) satu2nya manusia yang melafazkan "Aku adalah pesuruh Allah"
b) bilangan orang Islam pengikut Nabi Muhammd saw bertambah dgn pesat walaupun selepas berlalu 1400 tahun - tidak mungkin individu bernama Muhammad saw membohongi sebegitu ramai pengikutnya - sehingga kini di seluruh terdpat 1.7 billion penganut Islam
c) satu2nya manusia di mana sebegitu ramai pengikutnya sanggup berkorban harta dan nyawa demi untuk mempertahankan ajaran yg dibawa oleh individu ini
++++++
Michael Hart, telah menjalankan kajian selama 28 tahun telah meletakkan Rasulullah s.a.w. sebagai no. 1 dalam manusia paling berpengaruh dalam sejarah.
Mengapa, pada tahun 614 masihi, telah mengumumkan bahwa dia adalah Rasul Allah. Hanya empat orang yang telah memeluk Islam: Saidina Abu Bakar, Khadijah, dua kanak-kanak, salah seorang darinya iaitu Saidina Ali (7 tahun)
Sudah lebih 1441 tahun, bilangan umat Isam melebihi 1000 juta dan sentiasa bertambah, orang yang di kutub utara pun ada yang memeluk Islam.
Saad bin Abi Waqas berdakwah di China. Abu Ayub al Ansari di Turki. Tariq bin Ziyad di Sepanyol.
Rujukan: Ramai yang masuk Islam di Jepun
Rujukan: Negara yang paling kuat amalan Islam
Rasullullah tidak pernah berbohong dan paling kuat menjaga hati.
Rujukan: Rasulullah menjaga hati sahabat
Tidak mungkin anda boleh berbohong kepada lebih 1000 juta orang. Rasulullah tidak pernah berbohong. Di padang mahsyar kelak oarng yang Allah tak nak lihat ialah orang yang menyampaikan berita palsu, dahsyatnya bahaya membawa berita palsu.