top of page
  • Admin

Ceramah Bulanan: Ukhuwah Islamiyah

Ceramah oleh Ustaz Haji Firdaus Haji Subhi




Intipati ceramah

1. Solat berjemaah adalah 27 kali ganda kebaikannya berbanding solat bersendirian.

2. Iman seseorang muslim adalah turun naik dan hanya istiqamah kepada Allah swt dapat memastikan tahap iman sentiasa berada di tahap yang tinggi"

3. Islam menjadikan masjid sebagai pusat penyatuan ummah dan dapat menghubungkan ikatan silaturrahim dan ukhwah sesama muslim

4. Sesiapa yg datang ke masjid adalah tetamu Allah

5. Orang yang paling tinggi darjatnya di sisi Allah swt adalah orang yang paling bertaqwa

6. Seseorang muslim tidak akan dapat memasuki syurga Allah melainkan dia beriman kpd Allah swt dan tidak beriman seseorang muslim itu melainkan mereka saling sayang menyayangi antara satu sama lain.

7. Ukhwah adalah asas kepada beriman kepada Allah swt dan ucapan "Salam" adalah petanda awal ukhwah sesama Islam

8. Ciri seseorang yang menjadi calon syurga " 1. Tidak pernah berbohong kepada sesama Islam; 2. Tiada sifat hasad dengki atas kelebihan yang dimiliki oleh saudara Islam yang lain"


Semoga bermanfaat.

Nota oleh Prof Mokhtar Abdullah.




30 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page