top of page
  • Admin

Ceramah Aku dan Ilmu oleh Al-Fadhil Ustaz Haji Rahimi bin Abdul Aziz

Updated: Mar 21, 2020



Intisari Ceramah oleh Prof Mokhtar:

Pengetahuan yg dimiliki oleh manusia datang dlm pelbagai bentuk dan sumber

2. Kematian adalah pengetahuan awal yg perlu dipahat dlm minda setiap manusia

3. Org yg mempunyai pengetahuan lebih Tinggi darjatnya dpd org tidak berpengetahuan

4. Ulul Albab adalah org yg mempunyai pengetahuan yg mempunyai ciri2 istimewa spt mana disebut dlm Al Quran

5. Perlu Berilmu dlm melakukan ibadat. Ilmu Tanpa Amal spt pokok Tanpa buah

6. Kita perlukan ilmu yg ada keberkatan

7. Kalimah 'ilm terdapat dlm 484 tempat dlm Al Quran

8. Sumber ilmu yg paling utama adalah AlQuran yg diturunkan oleh Allah swt kpd Nabi Muhammad saw. Di dlmnya terdapat ilmu , misalnya, tentang hal perkahwinan, tatacara berurusan antara manusia, hubungan dgn Allah Dan makhluk Allah dsb. AlQuran juga merupakan petunjuk atau panduan kpd manusia.

9. Sumber ilmu adalah tanpa mengira dpd siapa, sebagaimana Imam Shafei mendapatkan ilmu daripada seorang baduwi, seorang pengembala lambing.

10. Kepercayaan kpd Allah swt memerlukan ilmu (ilmu Tauhid)

11. Manusia dilarang menyembunyikan ilmu yg dimiliki, is perlu dikongsi dan disebarkan

12. Kategori ilmu: (a) ilmu wahyu/syari'at yang wajib dipelajari oleh org Islam - membawa kpd keimanan kpd Allah swt

(b) ilmu berkaitan mu'amalah & fardhu kifayah (ekonomi, perubatan, sains sosial dsb) - membawa kpd kekuatan dlm kehidupan




#suraukita #satuhati

80 views0 comments
bottom of page