- Admin
Apa selepas Ramadhan oleh Sahibus Samahah Dato' Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Bersyukur raya selepas ramadhan. Kadang2 beraya sampai Dzulkaedah.
Alhamdulillah, kita dapat beraya dengan aman. Tidak macam Syria. Barang payah, harga melampau. Ramai yang keluburan. Masalah mati, tembak menembak. Nyawa manusia lebih murah dari secawan kopi.
Dua nikmat manusia tak hargai kecuali jika telah tiada, nikmat aman. Kawan Datuk Mufti di Iraq, katanya 100 tahun lagi tak tentu aman. Bila tak aman, ekonomi merundum, hilang peluang pekerjaan, undang2 rimba. Nikmat kedua, nikmat sihat. Bila ada yang kena kerat kaki hingga tunggul paha sebab penyakit, barulah tau.
Bila kita boleh beraya dengan baik, beli baju raya hingga tiga hingga empat pasang, dan ada yang temanya, hari pertama, kedua, tema ceria, belang dan sebagainya. Itulah rezeki yang Allah kurniakan.
Ada yang baju raya tak pernah beli. Datuk Mufti ada program dengan orang asli. Bawa baju ke sana, habis. Bila kita tengok mereka, kita insaf. Masa kita beraya baru2 ni, ada tak kita tengok orang fakir, orang miskin? Kadang2 ada yang namoak lebih tua dari usianya, sebab kehidupan yang mencengkam. Ada yang beraya dengan keadaaan keputusan kewangan. Mereka bertarung untuk makan minum.
Syawal, kita berinteraksi dengan orang ramai. Cerita ada dua, gembira atau dukacita. Ada yang ramai kawan-kawannya meninggal. Semua tu menginsafkan kita. Biasanya kita akan ziarah orang-orang kaya, orang-orang berada. Jadi mungkin tak rasa sampai ke hati. Ada yang datang ziarah, waktu azan zohor masih makan, sehingga ke jam 2 petang, 2.30 petang. Kalau kita tak baik, janganlah tunjukkan kelemahan kita pada orang lain. Perkara2 ini nampak remeh, tapi perlu diambil berat.
Bila ziarah, ada yang menilai samada makan sedap atau tak sedap, atau tengok duit raya.
Ada tuan rumah ada yang waktu solat ajak tetamu makan, ada pemisahan lelaki dan perempuan, itu kita boleh nampak ok atau tak ok. Ini menyebakan kita boleh mengambil pedoman, pengajaran.
Tadi kita sebut mengenai syukur. Jarang kita sertakan dengan belajar ilmu. Bila beraya, 15 Syaaban, 25 Syaaban, dah tutup. Kadang-kadang Zulkaedah baru bukak, atau Zulhijjah sebab nak raya haji. Kita boleh beraya, tapi jangam sampai tak belajar, itu satu kesilapan. Seorang ulamak besra yang dianggap muhadisun akbar. Meninggal tahun 1940an. Orang Syam, Syria. Syeikh Allamah Badruddin Al-Hasan. Ramai ulamak beasr sekarang muridnya. Oleh kerana dia tok guru hebat, ramai ziarahnya sewaktu raya. Dia pun sediakan makanan seadanya. Selepas makan, dia cakap pada muridnya, mana kitabnya? Kita nak belajar. Anak muridnya cakap, ini hari raya. Tok guru senyum, tanya apa itu raya. Raya, adalah raya, tok guru kata muridnya. Tok guru, tanya, tidakkan raya kita ziarah, makan dan sebagainya. Ya tok guru, kata muridnya. Ok, kita dah buat semua, maka kita belajarlah. Ini menunjukkan sikap tok guru, raya adalah raya, tapi sentiasa dapat manfaatya.
Orang2 hebat, bila beraya, akan berbicara hukum-hakam. Perangai kita akan bicara politik. Kita tak fikir macam mana nabi beraya, salafusolleh beraya. Adakah mereka sambut raya lebih hebat dari sambut puasa. Bukan tak boleh baraya, tapi berpandukan panduan Allah dan rasulnya.
Ada sesetengah tempat, raya kedua dah ada majlis. Itu petanda baik, gunakan hari raya dengan sebaik-baiknya.
Kadang2 selepas raya, masjid lesu, masjid kosong, seolah2 zaman ramadan kita beribadat. Ini maasalah apabila ini berterusan. Ini bukan masalah baru, kuat ibadat ramadahn, lemah selepas ramadhan. Ini masalah sejak lama. Oleh itu ulamak salafusoleh, jadilah kamu hamba Allah rabani, dan bukan hamba ramadhan.
Ada yang bertanya kepada ulamak tasauf, Junaid Al Baghadadi, ditanya, raya pun masih pegang butir2 tasbih? Inilah yang melambangkan manusia yang jauh ke depan.
Ramadhan berakhir dengan Syawal, ada yang anggap Syawal bulan raya, benar. Tapi kalendar Islam, Syawal ialah muqadimmah bulan haji. Haji itu ada bulan2 termaklum, syawal, dzulkaedah, dzulhijjah. Niat haji sah 1 Syawal. Ertinya bulan Syawal ialah bulan haji, ialah bulan ibadah. Dulu, 15 Syawal, sudah ke Mekah. Maknanya persiapan haji itu sudah bergema. Kosentrat ibadah itu sudah bermula.
Dalam hadis ibnu majah walaupun daif, tapi boleh diambil untuk fadail amal. Siapa yang hidupkan malam raya, Allah akan hidupkan hatinya. Maknanya bulan Ramadahna kita tahajuud, jaga masa, maka bulan Syawal pun begitu juga.
Apa iktibar yang berlaku pada bulan Ramadan? Ke-masaan. Waktu nak Ramadhan, kita akan berasa masa berlalu begitu cepat. Kalau 1 Ramadhan, rasa lambat. Bila masuk 30 Ramadhan, rasa sekejap pula. Kenapa? Kerana bulan Ramadhan kita ikut mengikut keadaan kita. Orang baik akan gunakan waktunya dengan baik, ahlul dunia pun akan sebok dengan urusannya.
Ramadhan, bangun awal untuk sahur. Bulan Syawal, Allah beri kebebasan kepada kita. Itu kita nampak, kita tak hargai masa. Masa pantas, takde yang lebih pantas dari masa. Ahad berganti ahad, tapi tarikh berganjak, mamahan usia kita berganjak. Manusia senantiasa rugi. Kenapa? Sebab kita akan rasa, kenapa kita tak gunakan masa dengan maksimumnya.
Datuk Mufti pernah tanya di Bank Negara, boleh tengok tak duit banyak2. Kawalannya lebih ketat dari penjara, Sebiji kotak yang bawa duit, sebanyak harga Ferrari.
Perumpamaan, seorang suami yang ada peluang nak ambil sebanyak duit sebanyak mungkin selama sejam. Suami hanya ambil 14,400. Kenapa ambil sikit sangat? Hutang tak banyak kata suami. Kata bininya, berat laki aku ni. Jiran yang dapat peluang yang sama, dia boleh beli syarikat dia tempat bekerja dengan bos bosnya. Samalah masa. Asr. Asir adalah juice. Tebu akan dimasukkan dalam mesin, keluar air, masuk dalam jug. Lepas tu lipat lagi, masuk dalam mesin, buat lagi sampai 4 kali, hingga tinggal hampas. Boleh jadi kita seumur hidup, tak sama sahabat hidup sehari. Seorang ulamak besar, kaya lagi alim. Satu malam ramadan, dia jamu orang buka puasa 500.
Marilah kita insafi.