top of page
  • Admin

Akhlak Rasulullah. Ceramah Oleh Al-Fadhil Ustaz Muhammad Shafiq Abdullah.

Updated: Mar 21, 2020



Intisari ceramah:


1. Surah Al Ahzab-21 : "Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)". Rasulullah adalah ikutan terbaik.

2. Era pra-perlantikan sbg Rasul - penonjolan utama adalah sunah AKHLAK - gelaran Al-Amin adalah testimoni ciri utama akhlak Rasulullah

3. Antara ciri akhlak Rasulullah yg perlu dicontohi:

(a) Cara bercakap , tidak bersikap sombong, ikram,ii, muliakan org lain (hamba Allah) spt menjamu makan


(b) sebarkan salam sesama manusia , rasa simpati kpd mereka yg tertindas (cth, masyarakat Islam Uighur di China yg sedang ditindas skrg) - jadikan tabiat memberi salam kpd sesama Islam (sama ada yg kita kenal atau pun tidak) akan mengiratkan hubungan . Kalimah 'salam' & 'amin' adalah anugerah Allah kpd org beriman. Nabi sentiasa menjadi org pertama yg memberi salam kpd org yg ditemui


(c) menyambung silaturrahim bila mana berlaku perselisihan atau memutuskan hubungan dgn kita - sentiasa ingat bahawa apa yg kita lakukan dlm menyambung silaturrahim adalah kerana ingin mengikut 'Sunnah Nabi', khususnya apabila menghadapi cabaran/halangan


(d) sembahyang malam (solat tahjud) - inisiatif diri tanpa memerlukan kos dlm mengikut sunnah akhlak Rasulullah


(e) bersedekah - akan disayangi org lain. Bagaimanapun elakkan bersikap ''ujub' atau menunjuk/mengira sedekah yg diberi & kagum dgn sedekah/kebaikan yg diberi


Org yg akan berada dekat dgn Nabi dihari Kiamat adalah dikalangan "mrk yg paling baik akhlaknya di kalangan kamu"


“Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang terbaik akhlaknya” (HR At-Tirmidzi no.1162)

Barakallahufiekum


#suraukita




95 views0 comments
bottom of page